Search This Blog

Friday, June 18, 2010

Sejarah

Sejarah Awal Kedatangan Agama Kristian Katolik di Tambunan

Sumber menyatakan bahawa setelah setengah dekad aktiviti Mill Hill Missionaries bermula di Sabah ( North Borneo ), baharulah ia sampai dan diterima sepenuhnya oleh penduduk Daerah Tambunan.
Fr. A. Prenger yang memulakan misinya di Inobong Mission Penampang sekitar tahun 1883 telah melebarkan kawasan misi penginjilan mereka yang meliputi daerah-daerah seperti Kudat, Sandakan, termasuklah daerah Tambunan. Melalui Jalan Badi Tondulu, pada tahun 1887, Fr. A. Prenger telah sampai ke Tambunan bersama-sama dengan rombongannya. Menurut sumber dari St. Michael Penampang ( http://stmichaelpenampang/blogspot) , kedatangan Fr. A. Prenger ke Tambunan tidak dialu-alukan oleh penduduk tempatan. Menurut Bro. Herbetus Gompuk ( Buku Cenderamata kapambalakatan Om Kopongukaban Panambayangan, 1993 ), factor penolakan penduduk Tambunan terhadap kedatangan rombongan Fr. A. Prenger ini adalah disebabkan satu peristiwa yang terdahulu. Dikatakan bahawa, pada tahun 1882, Mr. Francis Witti ( berbangsa Austria ) telah sampai ke Tambunan tetapi tidak menjumpai apa-apa lalu memutuskan untuk mengembara lebih jauh ke pedalaman. Beliau membawa bersama-sama beberapa orang tempatan Tambunan. Pertembungan mereka dengan kaum Murut di sebelah Pensiangan, menyebabkan kesemua mereka telah terbunuh. Pada waktu itu, aktiviti “misangod” dan “Headhunters” masih berleluasa di Sabah ( North Borneo ). Kejadian ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Tambunan terhadap orang yang berkulit putih. Oleh itu, kedatangan rombingan Fr. A. Prenger ke Tambunan pada waktu itu tidak disenangi oleh penduduk tempatan kerena mereka bimbangkan perkara yang sama akan berulang.
Setelah hampir 40 tahun semenjak kedatangan Fr. A. Prenger ke Tambunan, Msgr Edmund Dunn telah melawat Tambunan pada Februari 1920. Pada waktu itu, Tambunan dijadikan sebagai sebahagian daripada kawasan outstasi bagi Mission Inobong. Beliau begitu tertarik dengan keadaan di Tambunan dan merasakan bahawa perlu ada seorang paderi di kawasan ini. Sekembalinya beliau ke Inobong Mission, beliau telah mengarahkan Fr. Joseph Stall (berbangsa Belanda ) untuk melayani di Mision Tambunan. Bersama-sama dengan seorang katekis tempatan dari Penampang, iaitu Katekis Louis Majapur, beliau telah sampai ke Tambunan dan mendirikan pondok kecil yang diperbuat daripada bambu untuk tujuan persekolahan dan bersembayang. Walau bagaimanapun, beliau telah diarahkan kembali ke Penampang kerana dasar kerajaan British pada waktu itu melarang bangsa lain untuk bertugas di Tambunan. Misi beliau ini telah diteruskan oleh Katekis Louis Majapur.
Tempat Fr. Joseph Stall di Tambunan ini telah diambil alih oleh Fr. Dyness. Beliau merupakan seorang paderi berbangsa Inggeris yang pernah bertugas di Sarawak. Walau bagaimanapun, beliau berhadapan dengan masalah untuk bercampul gaul dengan masyarakat tempatan kerana tidak tahu berbahasa kadazan dusun.
Pada tahun 1925, Fr. John Leo Quinn telah diarahkan untuk melayani di Tambunan bagi menggantikan Fr. Dyness. Beliau merupakan seorang paderi yang berbangsa Inggeris dan fasih berbahasa kadazandusun. Beliau meneruskan misi yang telah diasaskan oleh Fr. Joseph Stall, iaitu memberikan pendidikan kepada penduduk tempatan dan mengajar sembayang. Pada Tahun 1927 , Fr. Martin Conolly telah sampai ke Tambunan untuk membantu Fr. John Quinn. Usaha giat mereka untuk menyampaikan khabar gembira Tuhan serta memberikan pendidikan kepada penduduk Tambunan telah menarik minat ramai penduduk Tambunan.
Atas permintaan penduduk Tambunan terhadap keperluan pendidikan dan agama, maka pada tahun 1927, Fr. John Quinn telah membuka mission yang baru di Toboh. Fr. Martin Conolly telah kekal di Mision Tambunan(St. Theresa Tambunan)

Latar Belakang Pengasasan Mision Toboh

Sebahagian daripada pelajar dan umat yang bersembayang di Mision Tambunan adalah dating daripada kawasan Toboh. Ketua kampong Toboh pada waktu itu ialah En. Timuk Matigal, pernah mengahdiri kelas persekolahan di paroki Tambunan begitu berminat dan berharap sekiranya sekolah seumpama itu dapat dibuka di kawasan Toboh. Beliau berpendapat, sekiranya sekolah dan gereja dapat dibuka di kawasan Toboh, maka lebih banyak penduduk yang dapat bersekolah dan belajar agama.
Oleh itu, En. Timuk Matigal telah berjumpa dengan Fr. John Leo Quinn untuk menyampaikan hasratnya. Atas nasihat yang diberikan oleh Fr. John Quinn dan Fr. Martin Conlloy, maka En. Timuk Matigal telah pergi ke Penampang pada tahun 1928 untuk berjumpa dengan Fr. A. Wachter. Perbincangan di antara En. Timuk Matigal dengan Fr. A. Wachter telah memberikan hasil yang baik. En. Timuk Matigal telah bersetuju mendermakan tanahnya untuk didirikan bangunan sekolah dan juga gereja.
Fr. A. Wachter kemudiannya telah memohon kebenaran dari kerajaan British untuk mendirikan sekolah dan gereja di kawasan Toboh. Setelah diperkenankan oleh kerajaan British, maka Fr. A. Wachter bersama-sama dengan Katekis Datuk Anthony Gibun dan beberapa yang lain dari Penampang telah dating ke Tambunan untuk melawat kawasan yang telah dipersetujui itu. Secara rasminya, Fr. A. Wachter telah menghubungi Native Chief di Tambunan yang terdiri daripada NC Porou dari Nambayan, NC Rumantai dari Kituntul, NC Matigal dari Toboh, dan NC Anog dari Sunsuron untuk mendapatkan keizinan bagi membina sekolah dan gereja di tapak tanah yang telah didermakan. Setelah semuanya selesai, maka Fr. A. Wachter telah mengarahkan Fr. John Leo Quinn untuk memulakan misinya di Toboh.
Oleh itu, pada tahun 1930, sebuah bangunan sekolah telah dibina. Pada tahun 1932, sebuah bangunan gereja telah didirikan. Gereja yang pertama didirikan ini telah dibuat dengan menggunakan peralatan daripada bamboo dan dibuat secara bergotong royong oleh penduduk tempatan.

No comments:

Post a Comment