Sejarah Awal Kedatangan Agama Kristian Katolik di Tambunan
Sumber menyatakan bahawa setelah setengah dekad aktiviti Mill Hill Missionaries bermula di Sabah ( North Borneo ), baharulah ia sampai dan diterima sepenuhnya oleh penduduk Daerah Tambunan.
Fr. A. Prenger yang memulakan misinya di Inobong Mission Penampang sekitar tahun 1883 telah melebarkan kawasan misi penginjilan mereka yang meliputi daerah-daerah seperti Kudat, Sandakan, termasuklah daerah Tambunan. Melalui Jalan Badi Tondulu, pada tahun 1887, Fr. A. Prenger telah sampai ke Tambunan bersama-sama dengan rombongannya. Menurut sumber dari St. Michael Penampang ( http://stmichaelpenampang/blogspot) , kedatangan Fr. A. Prenger ke Tambunan tidak dialu-alukan oleh penduduk tempatan. Menurut Bro. Herbetus Gompuk ( Buku Cenderamata kapambalakatan Om Kopongukaban Panambayangan, 1993 ), factor penolakan penduduk Tambunan terhadap kedatangan rombongan Fr. A. Prenger ini adalah disebabkan satu peristiwa yang terdahulu. Dikatakan bahawa, pada tahun 1882, Mr. Francis Witti ( berbangsa Austria ) telah sampai ke Tambunan tetapi tidak menjumpai apa-apa lalu memutuskan untuk mengembara lebih jauh ke pedalaman. Beliau membawa bersama-sama beberapa orang tempatan Tambunan. Pertembungan mereka dengan kaum Murut di sebelah Pensiangan, menyebabkan kesemua mereka telah terbunuh. Pada waktu itu, aktiviti “misangod” dan “Headhunters” masih berleluasa di Sabah ( North Borneo ). Kejadian ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Tambunan terhadap orang yang berkulit putih. Oleh itu, kedatangan rombingan Fr. A. Prenger ke Tambunan pada waktu itu tidak disenangi oleh penduduk tempatan kerena mereka bimbangkan perkara yang sama akan berulang.
Setelah hampir 40 tahun semenjak kedatangan Fr. A. Prenger ke Tambunan, Msgr Edmund Dunn telah melawat Tambunan pada Februari 1920. Pada waktu itu, Tambunan dijadikan sebagai sebahagian daripada kawasan outstasi bagi Mission Inobong. Beliau begitu tertarik dengan keadaan di Tambunan dan merasakan bahawa perlu ada seorang paderi di kawasan ini. Sekembalinya beliau ke Inobong Mission, beliau telah mengarahkan Fr. Joseph Stall (berbangsa Belanda ) untuk melayani di Mision Tambunan. Bersama-sama dengan seorang katekis tempatan dari Penampang, iaitu Katekis Louis Majapur, beliau telah sampai ke Tambunan dan mendirikan pondok kecil yang diperbuat daripada bambu untuk tujuan persekolahan dan bersembayang. Walau bagaimanapun, beliau telah diarahkan kembali ke Penampang kerana dasar kerajaan British pada waktu itu melarang bangsa lain untuk bertugas di Tambunan. Misi beliau ini telah diteruskan oleh Katekis Louis Majapur.
Tempat Fr. Joseph Stall di Tambunan ini telah diambil alih oleh Fr. Dyness. Beliau merupakan seorang paderi berbangsa Inggeris yang pernah bertugas di Sarawak. Walau bagaimanapun, beliau berhadapan dengan masalah untuk bercampul gaul dengan masyarakat tempatan kerana tidak tahu berbahasa kadazan dusun.
Pada tahun 1925, Fr. John Leo Quinn telah diarahkan untuk melayani di Tambunan bagi menggantikan Fr. Dyness. Beliau merupakan seorang paderi yang berbangsa Inggeris dan fasih berbahasa kadazandusun. Beliau meneruskan misi yang telah diasaskan oleh Fr. Joseph Stall, iaitu memberikan pendidikan kepada penduduk tempatan dan mengajar sembayang. Pada Tahun 1927 , Fr. Martin Conolly telah sampai ke Tambunan untuk membantu Fr. John Quinn. Usaha giat mereka untuk menyampaikan khabar gembira Tuhan serta memberikan pendidikan kepada penduduk Tambunan telah menarik minat ramai penduduk Tambunan.
Atas permintaan penduduk Tambunan terhadap keperluan pendidikan dan agama, maka pada tahun 1927, Fr. John Quinn telah membuka mission yang baru di Toboh. Fr. Martin Conolly telah kekal di Mision Tambunan(St. Theresa Tambunan)
Latar Belakang Pengasasan Mision Toboh
Sebahagian daripada pelajar dan umat yang bersembayang di Mision Tambunan adalah dating daripada kawasan Toboh. Ketua kampong Toboh pada waktu itu ialah En. Timuk Matigal, pernah mengahdiri kelas persekolahan di paroki Tambunan begitu berminat dan berharap sekiranya sekolah seumpama itu dapat dibuka di kawasan Toboh. Beliau berpendapat, sekiranya sekolah dan gereja dapat dibuka di kawasan Toboh, maka lebih banyak penduduk yang dapat bersekolah dan belajar agama.
Oleh itu, En. Timuk Matigal telah berjumpa dengan Fr. John Leo Quinn untuk menyampaikan hasratnya. Atas nasihat yang diberikan oleh Fr. John Quinn dan Fr. Martin Conlloy, maka En. Timuk Matigal telah pergi ke Penampang pada tahun 1928 untuk berjumpa dengan Fr. A. Wachter. Perbincangan di antara En. Timuk Matigal dengan Fr. A. Wachter telah memberikan hasil yang baik. En. Timuk Matigal telah bersetuju mendermakan tanahnya untuk didirikan bangunan sekolah dan juga gereja.
Fr. A. Wachter kemudiannya telah memohon kebenaran dari kerajaan British untuk mendirikan sekolah dan gereja di kawasan Toboh. Setelah diperkenankan oleh kerajaan British, maka Fr. A. Wachter bersama-sama dengan Katekis Datuk Anthony Gibun dan beberapa yang lain dari Penampang telah dating ke Tambunan untuk melawat kawasan yang telah dipersetujui itu. Secara rasminya, Fr. A. Wachter telah menghubungi Native Chief di Tambunan yang terdiri daripada NC Porou dari Nambayan, NC Rumantai dari Kituntul, NC Matigal dari Toboh, dan NC Anog dari Sunsuron untuk mendapatkan keizinan bagi membina sekolah dan gereja di tapak tanah yang telah didermakan. Setelah semuanya selesai, maka Fr. A. Wachter telah mengarahkan Fr. John Leo Quinn untuk memulakan misinya di Toboh.
Oleh itu, pada tahun 1930, sebuah bangunan sekolah telah dibina. Pada tahun 1932, sebuah bangunan gereja telah didirikan. Gereja yang pertama didirikan ini telah dibuat dengan menggunakan peralatan daripada bamboo dan dibuat secara bergotong royong oleh penduduk tempatan.
Friday, June 18, 2010
Saturday, June 5, 2010
HOLY CROSS TOBOH, CHURCH BUILDING HISTORY
The early history and the history of the old church building Holy Cross Toboh Parish, begin with the arrival of two English priests namely Rev. Fr. John Leo Quinn and Rev. Fr. Martin Conolly. Rev. Fr. John Leo Quinn was assigned as the Rector of the Toboh Parish, while Fr. Martin Conolly remained in St. Theresa Tambunan.
Since the people around the village were interested to practice the Catholic religion, Rev. Fr. Quinn has called the people to build a Catholic church. The first small church, which was made of bamboo, built in 1932.This particular church was build by the villagers. Buffaloes were used as transportation to carry the bamboo. After the church was completed, it was named as St. John Church (as referred to the founder’s name, Rev. Fr. John Quinn).
A new church was built due to dilapidated of the old church building and the increasing number of people in the Catholic Toboh Parish. The Church was made of boards, zinc and cement without changing it’s name. Priest at that time was Rev. Fr. Lampe. The number of people who attended the Holy Mass, was about 100 people. All the priests who serve at this parish stayed at priest house (currently it is under construction in rebuilding for new administration building).
During the Japanese invasion, the St. John church had a lot of damages due to fire bullets by the Japanese military. Between 1965 to 1969, another new church building was built to replace the previous church, St. John. After the new church was completed, it has been named as the Church of the Holy Cross Toboh, by Rev. Fr. Anthony Putman who served in the parish at that time. The number of people who came to attend the Holy Mass is between 400 to 500 people.
Then in 1991, another new church was built to replace the old Holy Cross Toboh church building. This new church was completed in 1993.
Generally, the Holy Cross Parish Toboh church has been rebuilt for four times since the arrival of the early founders, and Catholic religious in Tambunan district. The number of people who attend the Holy Mass was increased from time to time.
Sources:
1. Mr. Didymus Kosong- Gagaraon
2. Pn. Kosong Miasam - Toboh
( Adapted from ‘Kapambalakatan Om Kopongukaban Panambayangan’ souvenir book)
Friday, June 4, 2010
REKOLEKSI PERSIAPAN PENERIMA KOMUNI PERTAMA
Holy Cross Toboh Tambunan: Sebanyak 285 orang penerima komuni pertama telah mengikuti rekoleksi persiapan penerima komuni pertama yang telah diadakan di dewan Ton Putman pada hari ini ( 05 Jun 2010 ). Penerima ini datang dari seluruh pelusuk paroki yang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa dan berhimpun di dewan Ton Putman yang bermula pada jam 8.00 pagi. Sesi rekoleksi ini telah dikendalikan oleh AJKT katekatikal di bawah pimpinan En. Josue Aegidius, berserta dengan Sr. Rose Ginibun sebagai penceramah utamanya.
Selesai sahaja sesi rekoleksi yang disampaikan oleh Sr. Rose, para peserta telah didedahkan dengan latihan/praktikal pengakuan yang dikendalikan oleh AJKT. Semua penerima komuni pertama ini diwajibkan untuk melaksanakan sakramen pengakuan yang pertama bagi mereka pada jam 2.00 petang ini. Semua penerima komuni pertama akan menerima komuni pertama mereka pada hari esok (06.06.2010)iaitu semasa dalam misa kudus minggu yang bermula pada jam 8.00 pagi.
Majlis Pastoral Paroki Holy Cross Toboh
AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PASTORAL PAROKI HOLY CROSS TOBOH SESI 2009 - 2011
Penasihat : Rev. Fr. Boniface Kimsin ( Rektor Paroki )
Rev. Fr. Benedict Daulis ( Pembantu Rektor Paroki )
Pengerusi : En. Jerry Kilip
Timbalan Pengerusi : En. James Kulip
Setiausaha : En. Jasper Davis
Timbalan Setiausaha : Pn. Jovita Solibun
Bendahari : Pn. Theresa Didymus
AJK :
1. Gilbert Philip
2. Marcel Goulip
3. Ambrose Andrew
5. Mark Sukiran
6. Samy Peter
7. Robert Milih
8. Claudius Pawan
9. Joseph Lohuban
10.Martin Juplin
Perayaan UTK-17 dan Pelancaran Salib Jubilee Intan Paroki
Tambunan : Perayaan Ulang Tahun Keuskupan Keningau ( UTK ), Perayaan Pesta Kaamatan serta Pelancaran Salib Jubilee Intan peringkat Paroki Holy Cross Toboh telah diadakan serentak di St. Maria Imaculate Pahu dalam Zon TIGAKIPASINTOWI pada 28.05.2010 yang lalu. Perayaan 3 dalam 1 ini telah disemurnakan sepenuhnya oleh Ketua Keuskupan Keningau, Uskup Datuk Cornelius Piong. Perayaan ini telah didahului dengan perarakan Salip Jubilee Intan, disusuli dengan Misa Kudus dan seterusnya aktiviti-aktiviti yang diadakan di dewan terbuka St. Imaculate Pahu.
Perayaan 3 dalam 1 yang dianjurkan oleh Zon TIGAKIPASINTOWI yang berpusat di St. Maria Imaculate Pahu sebagai tuan rumah pada tahun ini disambut dengan meriah sekali di mana telah dihadiri oleh seluruh umat khatolik di Paroki Holy Cross Toboh. Menurut pengerusi penganjur perayaan En. Roger Basil, kejayaan penganjuran perayaan dan kehadiran umat yang ramai telah memperlihatkan semangat berjalan bersama yang didukung oleh Keuskupan Keningau selama ini. Rektor Paroki, Rev. Fr. Boniface Kimsin merakamkan jutaan terima kasih atas kejayaan penganjuran perayaan ini, yang mana merupakan perayaan tahunan paroki. Ujarnya lagi, kejayaan seumpama ini memperlihatkan kesepaduan kerjasama yang kukuh di kalangan umat terutamanya di kawasan Zon TIGAKIPASINTOWI setelah 17 tahun berjalan bersama di dalam Keuskupan Keningau.
Dalam ucapan persamian oleh Uskup Datuk Cornelius Piong, beliau mengajak umat terutama sekali di Paroki Holy Cross Toboh untuk merenung semula doa Yesus sepertimana dalam Yohanes 17. Bapa uskup menyeru agar semua umat Khatolik untuk taat berdoa kepada Bapa di syurga dan sentiasa bersatu serta menghindarkan diri daripada segala perbuatan yang boleh memecahbelahkan. Beliau juga menyeru kepada semua umat agar sentiasa mengelakkan diri daripada pengaruh-pengaruh jahat yang boleh menjauhkan kita daripada Tuhan. Di samping itu, haruslah juga sentiasa hidup dalam kekudusan terutama sekali kepada belia-belia agar sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran masa kini.
Sementara itu, Salib Jubilee Intan yang dilancarkan di St. Maria Imaculate Pahu ini oleh Bapa Uskup merupakan pelancaran permulaan perjalanan Salilb Jubilee Intan yang akan menjelajah ke seluruh pelusuk paroki iaitu 32 tempat yang melibatkan KUK dan KKD. Ia merupakan signifikan kepada perayaan Jubilee Intan Paroki Holy Cross Toboh yang ke 78 tahun pada 12.09.2010 yang akan dirayakan di pusat paroki. Menurut Rektor paroki, Rev. Fr. Boniface Kimsin, perjalanan Salib Jubilee Intan ini ke setiap KUK dan KKD adalah mengajak umat memperbaharui kepercayaan kepada Kristus yang mati di salib untuk menebus dosa-dosa manusia. Ianya mengingatkan, terutama sekali kepada umat di seluruh Paroki Holy Cross Toboh, agar keimanan kepada Tuhan sentiasa disegarkan, diperteguhkan serta diri didekatkan selalu kepada Yesus setelah 78 tahun berada di Paroki Holy Cross Toboh.
Subscribe to:
Posts (Atom)