Search This Blog

Monday, October 18, 2010

Pecah Tanah Tapak Pembinaan Dewan Serbaguna Baru Paroki Holy Cross Toboh






Perayaan Jubili Intan Paroki Holy Cross Toboh Tambunan (78 tahun )yang disambut penuh meriah pada 12 September 2010, merakamkan satu peristiwa yang bersejarah di mana pecah tanah untuk pembinaan dewan serba guna paroki secara rasminya menandakan permulaan kepada pembinaan dewan serba guna .

Uskup Datuk Cornelius Piong, selaku Ketua Keuskupan Keningau telah menyempurnakan acara pecah tanah kawasan tapak pembinaan dewan serba guna paroki ini telah disaksikan oleh ratusan umat dari Paroki Holy Cross Toboh serta penduduk daerah Tambunan.

Dewan serbaguna paroki ini merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan yang dirancang oleh Majlis Pastoral Paroki Holy Cross Toboh. Ia merupakan persediaan awal Paroki ini untuk menyambut ketibaan peserta belia-belia Katolik seluruh Sabah di mana Paroki Holy Cross Toboh akan menjadi tuan rumah kepada perhimpunan Belia Katolik peringkat negeri pada tahun 2012. Dijangka, jumlah belia yang akan menghadiri perhimpunan ini seramai 5000 orang. Dewan yang sedang diguna pakai oleh Paroki ini pada waktu ini adalah merupakan bangunan gereja Holy Cross Toboh yang lama di mana kapasitinya cuma 600 orang sahaja. Oleh itu, keperluan untuk membina sebuah dewan yang lebih besar begitu mendesak.

Menurut En. Christopher Podtung, selaku pengerusi Majlis Kewangan Paroki (MKP) iaitu badan gereja yang bertanggung jawab sepenuhnya terhadap projek pembinaan dewan serba guna ini, dana yang diperlukan untuk membina dewan ini adalah sebanyak RM500 ribu. Setakat ini, sebanyak 50% daripada dana yang diperlukan sudah diperolehi iaitu melalui derma umat, aktiviti-aktiviti mengumpul kewangan yang dijalankan oleh pihak gereja seperti penjualan album rohani, Majlis Makan Amal, Sumbangan RM1 daripada setiap umat dan beberapa yang lain. Oleh itu, usaha yang berterusan untuk mencapai dana yang diperlukan sentiasa dijalankan.

CHARITY DINNER ( MAJLIS MALAM MAKAN AMAL ) HOLY CROSS TOBOH 12 SEPTEMBER 2010 - PHOTOS















































Senikata Lagu Paroki Holy Cross Toboh

SALIP KAMANANGAN OM KOPONOMPOSIAN TOKOU

Salip Kamanangan Om Koponomposian Tokou
Mantad Kotuwangan Kapatayon Do Douso
Salip Minogowit Kounsikahan Om Kalansanan
Poimpasi Potilombus Id Koginawaan Di Tuhan

Salip Noh Ih Tanda Koginawaan Do Kinoingan
Pinatahak Ih Tanak Dau Pinotobus Id Salip
Kinapatayon Om Kinotungagan Di Kristus
Minonguyad Do Kogos Koinggoritan Do Douso

Chorus
Salip Noh Ih Tanda Kamanangan Tokou
Pinopoguli Dotokou Doid Koposion Pointunud
Salip Noh Ih Tanda Koponomposian Tokou
Nokopibabas Tokou Wagu Doid Kinoingan

Salip Noh Ih Tanda Kogiratan Kotumbayaan
Ih Minogowit Babang Do Pibabasan
Salip Noh Ih Sunsuyon Dotokou Mogigion
Tumanud Ralan Koposion Di Tuhan Jesus

Pencipta Lagu : En. Wences Linus
** Memenangi gelaran ciptaan terbaik dan persembahan kumpulan koir terbaik dalam Pesta Koir Holy Cross Toboh , 15/08/2010. Lagu telah dipersembahkan oleh kumpulan koir gabungan KKD Sandapak Tibabar dan KKD Pinampangan Toboh

Logo Baru Paroki Holy Cross Toboh


Logo Paroki Holy Cross Toboh ini telah dipertandingkan di peringkat paroki, di mana ianya telah dianjurkan oleh Kerasulan Belia Katolik HCT. Ianya dibuat sempena persediaan menyambut Perayaan Jubli Intan Paroki Holy Cross Toboh ( 78 tahun ). Sebelum ini, Paroki HCT belum mempunyai logo

Logo yang telah dipilih ini adalah hasil daripada ciptaan/nukilan saudara Sybren Jolius dari KKD Minodung, yang terpilih sebagai pemenang. Dengan sedikit pengubahsuaian atas pandangan daripada Paderi Paroki, Rev. Fr. Boniface Kimsin, maka logo yang lengkap ini telah diambil, dan telah secara rasminya dilancarkan oleh Ketua Keuskupan Keningau, Bishop Datuk Cornelius Piong pada 12 September 2010, semasa Perayaan Jubili Intan Holy Cross Toboh.