Search This Blog

Saturday, July 7, 2012

SEMINAR KEPIMPINAN

07 JULAI 2012: Holy Cross Toboh. Seminar kepimpinan untuk ahli-ahli MPP, Pengerusi-pengerusi KUK / KKD / Kerasulan / Komiti seluruh Paroki Holy Cross Toboh telah berjaya dilaksanakan di Pusat paroki Holy Cross Toboh, diadakan di Mini Dewan LSKK.
           Seminar kepimpinan ini telah didahului dengan misa kudus pada jam 7.30 pagi oleh Paderi Paroki, Rev. Fr. Boniface Kimsin. Seterusnya, seminar tentang kepimpinan telah disampaikan sendiri oleh Rev. Fr. Boniface. Beliau turut dibantu oleh Rev. Fr. Charles Chiew yang menyampaikan ceramah yang bertajuk Pelayanan sebagai Sakramen.
           Sepanjang seminar ini, KBK pusat di bawah pimpinan Jesper Davis turut menceriakan kira-kira 200 orang peserta dengan lagu-lagu pujian. Seminar kepimpinan yang berakhir kira-kira jam 4.00 petang ini telah diakhiri dengan ceramah tentang tugas-tugas pelayanan MPP/KUK/KKD/Komiti dan kerasulan.
           Peserta-peserta yang datang dari seluruh paroki begitu teruja dengan seminar ini kerana ia sentiasa menyegarkan tanggung jawab pelayanan masing-masing di gereja.

Sunday, February 26, 2012

Barisan Kepimpinan Baru AJKT Majlis Pastoral Paroki Holy Cross Toboh Sesi 2012-2014

Rektor Paroki : Rev. Fr. Boniface Kimsin
Penolong Rektor Paroki : Rev. Fr. Benedict Runsab
Pengerusi : En. Jerry Kilip
Timbalan Pengerusi : En. Paulus Impah
Setiausaha: Pn. Helen Gurini
Penolong Setiausaha: Pn. Mariana Midi
Bendahari : En. Justin Yonsoding
AJK : Gilbert Philip
Nancy Gambut
Petrus Landong
Pius Sundang
Jovita Solibun
Joseph Lohuban
James Kulip
Jaurih Yumis
Davis Salang

** Pemilihan dan pengundian AJKT MPP Holy Cross Toboh telah disempurnakan sepenuhnya oleh Rektor Paroki Rev. Fr. Boniface Kimsin, dibantu oleh Pengerusi MKP, En Christopher Podtung dan beberapa individu lain seperti En. Wences Podtung, Stephen Pooumin dan ahli-ahli KBK, berlangsung di Dewan Ton Putman HCT pada jam 10.30 pagi (24 Februari 2012).
Kita ucapkan tahniah dan Puji Tuhan kepada barisan kepimpinan MPP yang baru ini..