Saturday, July 7, 2012
SEMINAR KEPIMPINAN
Seminar kepimpinan ini telah didahului dengan misa kudus pada jam 7.30 pagi oleh Paderi Paroki, Rev. Fr. Boniface Kimsin. Seterusnya, seminar tentang kepimpinan telah disampaikan sendiri oleh Rev. Fr. Boniface. Beliau turut dibantu oleh Rev. Fr. Charles Chiew yang menyampaikan ceramah yang bertajuk Pelayanan sebagai Sakramen.
Sepanjang seminar ini, KBK pusat di bawah pimpinan Jesper Davis turut menceriakan kira-kira 200 orang peserta dengan lagu-lagu pujian. Seminar kepimpinan yang berakhir kira-kira jam 4.00 petang ini telah diakhiri dengan ceramah tentang tugas-tugas pelayanan MPP/KUK/KKD/Komiti dan kerasulan.
Peserta-peserta yang datang dari seluruh paroki begitu teruja dengan seminar ini kerana ia sentiasa menyegarkan tanggung jawab pelayanan masing-masing di gereja.
Sunday, February 26, 2012
Barisan Kepimpinan Baru AJKT Majlis Pastoral Paroki Holy Cross Toboh Sesi 2012-2014
Penolong Rektor Paroki : Rev. Fr. Benedict Runsab
Pengerusi : En. Jerry Kilip
Timbalan Pengerusi : En. Paulus Impah
Setiausaha: Pn. Helen Gurini
Penolong Setiausaha: Pn. Mariana Midi
Bendahari : En. Justin Yonsoding
AJK : Gilbert Philip
Nancy Gambut
Petrus Landong
Pius Sundang
Jovita Solibun
Joseph Lohuban
James Kulip
Jaurih Yumis
Davis Salang
** Pemilihan dan pengundian AJKT MPP Holy Cross Toboh telah disempurnakan sepenuhnya oleh Rektor Paroki Rev. Fr. Boniface Kimsin, dibantu oleh Pengerusi MKP, En Christopher Podtung dan beberapa individu lain seperti En. Wences Podtung, Stephen Pooumin dan ahli-ahli KBK, berlangsung di Dewan Ton Putman HCT pada jam 10.30 pagi (24 Februari 2012).
Kita ucapkan tahniah dan Puji Tuhan kepada barisan kepimpinan MPP yang baru ini..
Friday, October 22, 2010
Monday, October 18, 2010
PEMBERKATAN GROTTO HOLY CROSS TOBOH - GAMBAR
Pecah Tanah Tapak Pembinaan Dewan Serbaguna Baru Paroki Holy Cross Toboh
Perayaan Jubili Intan Paroki Holy Cross Toboh Tambunan (78 tahun )yang disambut penuh meriah pada 12 September 2010, merakamkan satu peristiwa yang bersejarah di mana pecah tanah untuk pembinaan dewan serba guna paroki secara rasminya menandakan permulaan kepada pembinaan dewan serba guna .
Uskup Datuk Cornelius Piong, selaku Ketua Keuskupan Keningau telah menyempurnakan acara pecah tanah kawasan tapak pembinaan dewan serba guna paroki ini telah disaksikan oleh ratusan umat dari Paroki Holy Cross Toboh serta penduduk daerah Tambunan.
Dewan serbaguna paroki ini merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan yang dirancang oleh Majlis Pastoral Paroki Holy Cross Toboh. Ia merupakan persediaan awal Paroki ini untuk menyambut ketibaan peserta belia-belia Katolik seluruh Sabah di mana Paroki Holy Cross Toboh akan menjadi tuan rumah kepada perhimpunan Belia Katolik peringkat negeri pada tahun 2012. Dijangka, jumlah belia yang akan menghadiri perhimpunan ini seramai 5000 orang. Dewan yang sedang diguna pakai oleh Paroki ini pada waktu ini adalah merupakan bangunan gereja Holy Cross Toboh yang lama di mana kapasitinya cuma 600 orang sahaja. Oleh itu, keperluan untuk membina sebuah dewan yang lebih besar begitu mendesak.
Menurut En. Christopher Podtung, selaku pengerusi Majlis Kewangan Paroki (MKP) iaitu badan gereja yang bertanggung jawab sepenuhnya terhadap projek pembinaan dewan serba guna ini, dana yang diperlukan untuk membina dewan ini adalah sebanyak RM500 ribu. Setakat ini, sebanyak 50% daripada dana yang diperlukan sudah diperolehi iaitu melalui derma umat, aktiviti-aktiviti mengumpul kewangan yang dijalankan oleh pihak gereja seperti penjualan album rohani, Majlis Makan Amal, Sumbangan RM1 daripada setiap umat dan beberapa yang lain. Oleh itu, usaha yang berterusan untuk mencapai dana yang diperlukan sentiasa dijalankan.